Assalamualaikum...
Hai korang...aku dah sihat seperti sedia kala...
Alhamdulillah...
Anak2 dan suami tercinta jugak sihat...
Ngeeeee.....
So,harini nak share satu artikel lagi...
Jom baca....
"Bayangkan hanya satu urat dalam perut itu bocor,kami terpaksa memasukkan berbelas pain darah"
Demikian yang diberitahu oleh Doktor Murni,daripada Hospital Sultanah Aminah,Johor Bahru.
Beliau menceritakan detik2 cemas pembedahan seorang insan.
Beliau(pesakit) mengalami pendarahan yang banyak apabila membuang air besar.
Akhirnya ususnya terpaksa dipotong dan disambung semula bagi memberhentikan pendarahan didalam ususnya.
Pernahkah kita terfikir...betapa lemahnya diri ini..
Betapa kita sepatutnya bersyukur kepada Allah di atas segala nikmat yang Allah kurniakan kepada kita,namun kita sia-siakan...
Hatta,perkara asas seperti sembahyang yang Allah wajibkan pun kita sudah mula rasa malas...Kalau buat pun,rasa terpaksa...
Alangkah zalimnya kita ini...
Tidak menyedari betapa lemahnya kita ini,dan betapa perlunya kita kepada perlindungan Allah SWT...
Kita seharusnya rasa bersyukur dan rasa penuh keinsafan kerana kita masih boleh berjalan dan sihat untuk melakukan ibadah kepada Allah SWT...
Inilah tazkirah yang paling besar kepada kita semua...




Wow...cantiknya layout baru..... Peringatan utk semua,tq.....
ReplyDelete